Laman Photo Effect Yang Terbaik!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:06 PM

Filed Under: , , , , , ,

Ye selamat datang ke Laman Blog Rasmi Pejuang Kesenian Extreme dimana segala pengetahuan am anda mampu miliki disini.Percuma dan tanpa bayaran.Tanpa yuran langganan dan tanpa duit perlindungan.Tanpa duit faedah dan tanpa entri tanpa faedah.yeh..(minta Maaf)

Bila kita mula berbicara berkenaan mengedit gambar,pasti ramai insan diluar sana yang mengaitkannya dengan Photoshop.Bila cakap tentang photoshop pula,mesti teringat editing gambar.Kiranya ia seperti menjadi satu kemestian dan seolah-olah menjadi satu perisian rasmi yang menjadi pilihan golongan profesional,semi profesional mahupun golongan tidak profesional langsung seperti PKE ini untuk mengedit gambar..hihi.. Kiranya photoshop ini begitu popular sekali bagi golongan seperti photografer,pereka grafik dan sudah semesti para blogger..

Bila kadar pengetahuan tentang penggunaan photoshop rendah,maka jalan alternatif terpaksa dipilih untuk membuat kerja editing dan sudah semesti Photoscape menjadi pilihan.Photoscape ini sebenar perisian yang amat berguna juga lebih-lebih lagi disaat membuat watermark.Segala kerja yang sukar menjadi mudah..Segala kerja yang mudah bertambah mudah.Jadi kesimpulannya disini,Mudah punca kuasa dua ----> (MUDAH) 2
Hihi..Perkara ini dapat dibuktikan dan ditunjukkan kepada anda di entri PKE sendiri iaitu entri

Caranya amat mudah dan bergaya.Apa yang perlu cuma kreativiti sahaja..Namun dinasihatkan disini,berhati-hati ketika mendownload perisian ini diinternet,kerana ada diantaranya mengandungi kod malicious..Jaga-jaga Cik Salmah..

Kita tinggalkan cerita tentang photoshop dan photoscape,kita terus ke topik pokok dan sebenar-sebenarnya iaitu berkenaan Laman web Photo Effect.Apa yang istimewanya laman web ini??
Laman photo effect merupakan laman editing yang memaparkan gambar kita yang diberi kesan khas secara automatiknya tanpa penggunaan satu pun perkakas editing.Kiranya kita pilih gambar yang dikehendaki,kita upload dan terhasillah gambar yang menarik..

Topik ini pernah dibincangkan suatu ketika dahulu di entri 3 Laman Web Photo Effect Terbaik dimana Photofunia,Funphotobox dan Fodey diperkenalkan kepada anda.Ada yang berpuas hati dan ada juga yang sebaliknya.Bagi PKE,perkhidmatan yang disediakan oleh pihak mereka sememangnya memuaskan.Sibuk bercerita berkenaan hal ini,pada kali ini PKE ingin memperkenalkan kepada anda laman Photoeffect yang boleh tahan mengancamnya iaitu laman web Picjoke.com

Laman web ini memang agak terbaik kerana boleh dikatakan setiap bulan bahan photo effect ini diupdate.Malahan laman web ini menyokong 35 bahasa termasuk bahasa Indonesia (Bahasa melayu la tu).Gambar-gambarnya juga agak menarik untuk tatapan anda dan sesuai untuk pelbagai gunaan.Namun disebalik kemudahan yang disediakan,ada juga kelemahannya.Setiap gambar yang dihasilkan oleh anda diwatermark oleh pihak Pickjoke.Ini bermakna anda perlu menghilangkan kesan kotoran ini dengan sendirinya menggunakan photoshop mahupun photoscape.(Apa punya website dah,bagi download tapi letak watermark)
Tapi anda tidak perlu risau,itu masalah kecil sahaja.Tutorial akan diajar melalui video dibawah ini.(Bagi pengguna Photoscape)



Pastikan anda menekan "ALT + Left KLIK" ditempat yang ingin diklon dan tempat yang bakal diklon..

Berikut pula hasil yang PKE dapat setelah menggunakan Picjoke.com ini:

Jadi tunggu apa lagi,jemputlah ke laman web Photo Effect yang terbaik iaitu di

8 comments for this post

hehehe gua pakai CS5!! bwahhahaha

Posted on September 30, 2010 at 9:34 PM  

tetap suka photoscape:)

Posted on October 1, 2010 at 8:29 AM  

cantik2 kan

Posted on October 2, 2010 at 7:53 PM  
IN

Thanks bro, gua layan bab edit2 nie..

Posted on October 2, 2010 at 9:13 PM  

wah memang kelaz semuanya

Posted on October 3, 2010 at 12:57 AM  

menarik jgk kejab aku nk tgk pic joke...

Posted on October 3, 2010 at 11:37 AM  

gorgeous!

Posted on October 6, 2010 at 1:38 PM  
Anonymous

aku xbole edit pun ? T.T

Posted on April 18, 2012 at 4:09 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print