
Bila The Panas Dalam Menyanyi-Seperti Babi
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:11 AM
Filed Under: artis terlampau, Indonesia, Seperti Babi, The Panas Dalam
Mungkin ada diantara anda semua beranggapan tajuk entri ini kedengaran agak kurang ajar dan tidak bertamadun kerana berbentuk seperti makian dan cacian,namun pada dasarnya,inilah hakikat yang sebenar kerana apa yang ditulis ini bukanlah ayat makian mahupun cacian sama sekali,sebaliknya ia merupakan tajuk lagu Seperti Babi nyanyian kumpulan kugiran The Panas dalam Band.
Band yang berasal dari Bandung Indonesia ini merupakan sebuah band yang lahir dari cebisan gerakan muzik Indie yang aktif di seluruh pelusuk dunia.Hanya bermula sebagai gerakan ahli muzik bawah tanah,kini mereka mampu berdiri diatas kaki sendiri kerana ramai peminat diluar sana yang meminati keunikan dan keanehan diri mereka didalam penghasilan muzik dan kata-kata dari lirik lagu.Bagi peminat mereka,penghasilan lirik The Panas Dalam kedengaran seperti jiwa yang bebas,kurang ajar ,lawak,aneh,idealism,pengalaman,dan juga jujur.Ianya seperti penghasilan muzik yang bercampur-campur tanggapan tetapi muziknya enak didengar dan mengasyikkan. Kumpulan ini dianggotai oleh Erwin selaku penyanyi,Nawa Pandal sebagai pemain gitar,Cahya sebagai pemain bass,Roy sebagai pemain drum dan juga Pidi Baiq sebagai penulis lagu.
Berbalik kepada tajuk entri kita pada kali ini,PKE ingin mempersembahkan kepada anda lagu yang tidak senonoh yang dihasil oleh mereka.Lagu ini disertakan sekali link untuk download berserta lirik sekali.Terimalah lagu daripada The Panas Band-Seperti Babi
Seperti seekor Babi
Pegang biola,bodynya juga,
Seperti seekor Babi
Ehhheiiii heii heiiii…
Vokal kedua,dan harmonika,
Seperti seekor babi,
Anakku terlindung,menjadi ramar,
Seperti seekor babi
Kami semua seperti babi,
Babi berkata mereka seperti kami,
Pegang gitar Bass,pegang pan**tnya,
Seperti seekor babi,
Jadi penyanyi,isterinya tidak ,
Seperti seekor babi
Kalian semua ,pendengar kami
Itulah babi aslii….

Tetapi sejujurnya,PKE terasa jengkel dan dimasa yang sama terasa kagum juga dengan band The Panas dalam ini kerana bagi PKE,mereka amat pandai menggunakan bahasa menyindir walaupun kedengaran agak kasar.(Penilaian tidak termasuk lagu ini). lirik-lirik mereka juga ada yang baik seperti sebuah syair dan penuh dengan sindiran.Kekreatifan mereka ini dapat dibuktikan melalui judul album pertama mereka,The Panas Dalam:Only Ninja Can Stop Me Now..Mereka juga bepegang kepada tagline Argumentum in Absurdum hingga ia menjadi terkenal sehingga sekarang.(PKE pun tak pasti maksudnya)
Nota:dapat lagu ni daripada kawan baik PKE,kemudian membuat siasatan tentang siapa yang menyanyikan lagu ini dan hasilnya… Minta maaflah jika maklumat kurang lengkap.Maklumlah,sumber kurang…Jangan salah faham ye..PKE kagum dengan band ni tetapi tidak meminati mereka.Penggunaan bahasa mereka agak keterlaluan sedikit bagi PKE.

19 comments for this post
aku ingat kau cakap diorang nyanyi cam babi! HAHA
HISAP ROKOK PUN ADA KEBAIKAN! ;)
Uikks..ade gak ek org yg ngaku diri dye babi.Bangga sgt ke??Pelik2 tol org zman skg ni.Huhu..
ngahahahaha.. gila ka apa ni? ahahahaha... suka suka
kampung dusun betul band ni..
gyahhahaha~~
mengarutla lagu ni... pelik2 dorang ni.
gilossss..ada gak lagu gini.hahaha
apekah??
memang mengarut kan
Gores dan Kalah
ada unsur-unsur bipolar disorder jugak kot huhuhu
giler babeng pnya lagu! hahhaha
berani tol wat lagu macam ni
New Entry "Kini Saya Sudah Bergelar Graduan"
haha, atfirst aku igtkan ko kutuk band nie.. rupenye memang tajuk lagu camtu.. duh...
hahaha aku rasa roomate ko kt tanjung rmbutan kot... cara dah ada dh....
hahahaha.freakin psycho xD
Psycho apa nya ini Band dari Kota Gue
Gile babeng ah band ni...
Kiss my ass malayshit !
Keren ni lagu, lebih keren kalo personilnya yg jadi babi asli.... Wakakkakakkakakakak.... Viss
lucu