Kuatkan Iman dibulan Ramadhan:Dakwah Islam(Bahagian 3)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:26 PM

Filed Under: , , ,

Syukur kepada tuhan yang segmen ini terus bersambung dan diikuti walaupun tidak mendapat respon yang banyak seperti entri-entri yang lain..Walaupun respon tidak banyak,tapi aku dapat mengenal pasti yang ramai juga mereka-mereka yangmembaca entri disegmen ini..Mungkin para blogger yang melawat entri ini terasa bosan dan tidak mencukupi masa untuk menonton video ini..Tidak apalah,Aku memahami kerana aku juga blogger..

Tiba-tiba aku teringat yang suatu ketika dahulu aku pernah juga dinasihatkan oleh seseorang yang senior sikit daripada aku ketika mula2 memasuki arena berblogging ini..Beliau bertanya apa motif aku berblogging..

Mamat tu:Apa motif kau berblogging ini??
Aku:Saje je..Terasa nak menulis pun ada..Tapi sebab utamanya kerana ingin berkongsi ilmu pengetahuan..Entah la bro..Bila aq berblogging ni.dan setiap benda ilmiah yang aq tulis ini ditulis,aku tulis dan aku baca,aku terasa puas..
Mamat Tu:ko rasa puas,macam mana pulak dengan pembaca??
Aku:Nampaknya pembaca kebanyakannya kurang suka sangat la perkara-perkara ilmiah ini..diorang kebanyakannya suka-suka sahaja..ah lantaklah..Janji aku tulis..
Mamat Tu:Mana boleh janji tulis..Mana tujuan sebenar kau yang sememangnya ingin berkongsi pengetahuan..Aku cakap ni mungkin menyebabkan ko terasa,tapi sebenarnya penulisan ko tu bosan..
Aku:Bosan??
(Aku tersentak,terasa pun ada juga)
Mamat Tu:ye la..bosan..Bila aku baca entri ko seumpama aku baca buku teks sekolah menengah..Terlalu lurus dan pemberian fakta secara terus..Umpama aku baca buku sejarah yang sememangnya aku benci..
Aku:ye ke..tapi memang aku minat sejarah pun..hih
Mamat Tu:ko kena ingat,para pembaca blog ni lingkungan muda..aku tau punye..Jadi ko kena sesuaikan cara penulisan kau dengan diorang..Macam mana ko nak berkongsi ilmu yang ingin disampaikan jika penulisan kau terlalu serius..kiranya blog ko dengan buku teks tak ada bezanya..bajet2 sudah..
Aku:betul juga ye bro..Ok aku faham..Aku akan ikhtiarkan..

**********

Begitu antara perbualan yang diucapkan diantara aku dengan seorang manusia yang agak awal memasuki dunia blogging..Mungkin dia ini bukan problogger,tapi sekurang-kurangnya apa yang dicakapkan itu ada benarnya..Korang cuba bayangkan yang penulisan aku pada awal masa berblogging ini agak serius..Ada orang baca tapi orang yang betul2 minat..Kebanyakannya tentang sejarah..Aku pula masa itu teruja menulis walaupun tahu bilangan manusia yang membaca pula amat sedikit..Jadi setelah mendengar nasihat dari beliau,aku buang semua entri yang membosankan itu,aku cuba menulis entri baru yang lebih santai..Entri ringan yang masih menarik untuk dibaca..


Jadi bila aku menyajikan kepada anda entri ini yang boleh dikatakan entri ilmiah yang agak berat,aku rasakan yang aku sudah mengulangi kesilapan yang terdahulu iaitu entri yang membosan..Tidak akan ada orang yang akan membaca entri yang membosankan ini..Ahh
Seharian juga aku fikirkan kerana Segmen ini iaitu Segmen Kuatkan Iman dibulan Ramadhan:Dakwah Islam boleh dikatakan hanya memaparkan video yang mencungkil rahsia kebenaran yang sebenarnya disorakkan dari dunia nyata sejak beribu tahun dahulu..Itu sebenarnya yang cuba aku tonjolkan kepada umum..Setelah rakan Facebook aku iaitu Lemon Ichimei memberi video ini..aku menontonnya..Aku dapat rasakan yang banyak rahsia dan fakta menarik yang patut dikongsikan bersama anda..Biar kita tahu akan kebenarannya.. Jika hendak diikutkan,aku ingin merungkaikan keistimewaan bulan Ramadhan ini secara lebih meluas..Biar semua para manusia mengetahuinya..Tapi buat apa??

Ini kerana rakan-rakan blogger aku yang lain sudahpun menulis berkenaan hal ini..jikalau aku menulis pun,lebih kurang je dengan mereka..Jadi bukankah seumpama buang masa..jadi aku fikirkan,lebih elok jika aku memberikan sesuatu kepada para pembaca benda benda yang istimewa iaitu kesedaran..Kesedaran yang menyebabkan mereka mencari keistimewaan bulan Ramadhan sehingga merasakan,alangkah bertuahnya aku dilahirkan sebagai seorang Islam.Itu sahaja..Ok la..Panjang pulak membebel..Jom tonton sambungan video yang lepas..


Diharapkan anda berpuas hati dengan video yang disampaikan ini kepada anda..Teruskan menonton sehingga ke bahagian 5..Lagi dua bahagian lagi habis la..


Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 1)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 3)(Sedang Baca)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

5 comments for this post

takpe yang penting kita ikhlas dan puas dengan blog kita.. info yang menarik..

Posted on August 13, 2010 at 10:41 PM  

Tq bro kerana memberi sokongan..

Posted on August 13, 2010 at 10:52 PM  

mungkin boleh kategorikan entry berbentuk serius dalam satu kategori...pasti ada yang mencarinya, esp dari enjin carian
perkongsian yang menarik ni :D

Posted on August 15, 2010 at 1:14 AM  

dh tgok the divine book,itu pn dpt dari mmber facebook n trus cri link d utube,sgt2 mnarik utk dijadikan santaan rohani,dh sebarkan kpd kwn2 bukan muslim juga n dpt feedback yg +ve, ada one word seseorang nonmuslim bitau sy "dia mula mmpercayai kewujudan Allah yg esa berkaitan dgn fenomena big bang yg ada dlm video trsebut", dan skrg dia sdg giat membaca info2 berkaitan dgn Islam.

Posted on August 15, 2010 at 4:33 PM  

bagus la kalau macam tu..

Posted on August 16, 2010 at 11:46 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print