Lencana Persekutuan Pengakap Malaysia Edisi Terbaru 2010

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:11 PM

comments (2)

Filed Under: ,


Mungkin aku amat kurang peka berkenaan dengan perkara ini,namun apa yang aku ingin sampaikan disini,pada 16 Januari 2010 yang lalu,telah diadakan Majlis pelancaran Lencana-lencana Persekutuan Pengakap Malaysia yang Edisi yang Terbaru dengan Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara di Kuala Lumpur..

Pelancaran ini dilakukan bagi menwanwarkan kepada semua bahawa lencana-lencana sedia ada ini akan ditukarkan dengan lencana pengakap edisi yang terbaru.
Perubahan imej lencana ini dilakukan bagi menampakkan ciri-ciri yang menarik dan menepati citarasa masa kini bersesuaian dengan umur pengakap yang telah mencapai usia 100 tahun.

Jadi mulai tarikh pelancaran tersebut,penggunaan lencana edisi terbaru ini akan berkuatkuasa dengan serta merta dan bagi sesiapa yang menjadi calon-calon yang ingin mengambil Raja,mereka dikehendaki memakai kelima-lima lencana tertinggi Pengakap remaja versi terbaru ..

Antara ciri-ciri lencana ini ialah:

1- Mempunyai bentuk yang bersesuaian mengikut setiap kategori unit-unit Pengakap.
2- Setiap lencana mempunyai logo Pengakap Malaysia yang jelas.
3- Mempunyai kemasan tepi mengikut warna-warna mewakili bahagian tertentu.
4- Mempunyai pengertian yang khusus bagi setiap lencana melalaui rekabentuk ekslusif dan menarik.

Berikut merupakan Lencana-Lencana Pengakap bagi Edisi Lama dan Baru:

Lencana Pengakap Versi Lama

Lencana Pengakap Versi Baru

Jadi disini,untuk paparan lebih jelas,anda boleh mengelik gambar diatas atau anda boleh mendownload terus paparan ini..

Download

Siapa Tokio Hotel??

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:33 PM

comments (10)

Filed Under: , ,

Tidak ku kenal siapa dan betapa hebatnya mereka..

Tokio hotel

Nama band yang jarang ku dengar tiba-tiba menggegar di setiap sudut celahan setelah berita mengenai mereka yang bakal melancarkan konsert sulung yang buat pertama kali diadakan di negara ini tersebar secara meluas di muka surat Khabar utama..

Perebutan tiket konsert sulung mereka juga semakin rancak setelah stesen-stesen radio mula membual berbagai peraduan untuk merebut sepasang tiket setiap orang yang wajar untuk dimenangi..Tiba-tiba fenomena Tokio Hotel ni menjelma??

Apa semua ni!!!

Biar aku menceritakan sedikit prihal band mereka..
Buat pengetahuan semua,Tokio Hotel ini merupakan band yang memainkan muzik berteraskan Pop Rock yang dibentuk di Magdeburg,Jerman.Band yang dianggotai seramai 4 orang ini mula terlibat secara langsung dalam arena seni ini dengan penggunaan nama sebagai Devilish dan bergiat aktif dalam aktiviti nyayian dengan membabitkan diri dalam rancangan pencarian bakat dan konsert2 kecil pada awal kemunculannya.
Namun begitu,semenjak tahun 2001,mereka mula melakukan penjenamaan semula dengan menukarkan nama band daripada devilish ke Tokio Hotel setelah mereka mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Universal Records..

Apa maksud Tokio Hotel??

kepada mereka yang tidak mengetahui,Tokio sebenarnya merujuk kepada Tokyo yang ditulis dalam bahasa jerman .Tokyo merupakan bandar yang yang besar dan cergas dan nama bagi bandar itu amatlah sesuai digunakan bagi mempamerkan semangat mereka yang berjuang dengan bersungguh-sungguh didalam arena seni nyanyian ini manakala Hotel pula merujuk kepada tempat yang mereka kerap gunakan untuk tidur jika berada diluar daerah..

Mesti anda ingin mengenali dengan anggota kumpulan Tokio Hotel ini..

Antara ahli-ahlinya ialah::


::Bill Kaulitz

-Bill seorang penulis lagu,pelakon suara dan juga selaku model..Beliau merupakan penyanyi utama kepada kumpulan ini yang turut bertanggungjawab untuk memimpin Tokio Hotel sejak dikenali sebagai Devilish lagi..untuk pengetahuan semua,Bill sememangnya terkenal dengan penampilan androgynousnya iaitu penampilan yang tidak dapat diklafisikasikan sebagai lelaki atau perempuan.(ye la,aku pun pening pale tengok dia)..Antara kontroversi yang membabitkan beliau ialah berkenaan dengan status beliau sama ada gay atau tidak..dan jawapan yang diberikannya ialah..
"I think I say it for the 10,000th time, but I willingly say it again: No, I'm not gay, and I think it would be a waste with all those pretty girls in the front row"

Jadi...sangat jelas..

::Tom Kaulitz

-Tom merupakan kembar kepada Bill kaulitz..Peranan Tom didalam kumpulan ini ialah selaku pemain gitar..Seorang penggemar muzik hip hop dan penyanyi hip hop yang diminatinya ialah Samy Deluxe..Setiap kali mengadakan seri jelajah,dia akan membawa satu beg yang penuh dengan topi untuk dikenakan dengan persembahan..Berkemahiran dalam berbahasa Jerman,Inggeris dan juga Perancis,beliau juga memiliki kira-kira 17 jenis gitar..

::Gustav Schafer

-Berperanan sebagai pemain Drum didalam kumpulan ini.,beliau mula bermain drum sejak berumur 5 tahun lagi..Menganggap Lars Ulrich dari kumpulan Metalicca sebagai Idola,beliau sanggup mengorbankan masa mainnya ketika kecil untuk berlatih bermain drum untuk beberapa jam..Sangat cerewet dalam penjagaan drum ketika persembahan,beliau akan memastikan posisi alatan dan sistem bunyi drum ketika persembahan dalam keadaan baik.,selain daripada pembantu beliau,tiada siapa dibenarkan utuk mengalihkan drum beliau setelah disetting habis sebelum perrsembahan walaupun seinci sekalipun..


::Georg Listing
-Beliau merupakan pemain bass bagi kumpulan ini..,beliau memiliki satu gitar hitam putih yang yang mempunyai nama kumpulannya dibadan gitar tersebut..Mula bermain gitar sejak berusia 13 tahun dan masih mengekalkan imej berambut panjangnya..

Jadi itulah serba sedikit maklumat mengenai mereka..untuk tujuan pengenalan sahaja..Kalau anda ingin mengetahui serba sedikit tentang mereka ini.,anda boleh melayari laman web rasmi mereka di

http://www.tokiohotel.com/us/

Nak dengar lagu mereka..silakan
Jika berminat anda boleh download sekali




Tokio Hotel-Automatic
Download



Tokio Hotel-World behind My Wall
Download

Web popular yang dibuka dalam 1 browser

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:32 AM

comments (8)

Filed Under: , , , ,


Blog sebenarnya menjadi wadah dalam menyampaikan idea mahupun apa2 sahaja yang ingin dikongsi bersama dengan anda semua para pembaca..itulah antara faktor utama dan mengapa aku masih berblogging sehingga kini..Tetapi sejak kebelakangan ni semangat malas mula meresap kedalam diri aku..Apa sebabnya ni???
Aii., mungkin kerana buat masa ini aku menghadapi penyakit malas yang melampau disamping kesibukan dalam menjalani kehidupan kot yang menyebabkan aku malas menulis..(hi,ayat skema)..Terasa juga kelainan ketika menulis..Menulis tanpa semangat..Perkara ini dirasai semenjak Gengblogger bertukar server dan tidak mampu berfungsi selama beberapa hari(walaupun hal ni dah lama berlalu)..aii.,malulah nak cakap..

Kita tinggalkan pasal kisah aku ini dah teruskan dengan topik yang seterusnya..

Nak juga tau
Apa browser yang anda guna..
Google Chrome,mozilla FireFox,Opera mahupun safari (IE malas nak sebut)
Mesti berbagai-bagai jawapan yang akan diberikan oleh anda

Jawapan anda sahaja sudah menunjukkan bahawa terdapat banyak Browser canggih yang terdapat dipasaran yang boleh didapatkan secara percuma dan mudah..
Aku disini bukan ingin menceritakan tentang browser apa yang aku gunakan,sebaliknya aku ingin menceritakan kepada anda web yang wajib aku buka mengunakan satu browser ni..

Aku biasanya selalu guna Mozilla Firefox 3.6 (nak juga bitau,hi)..

Jom kita usha web yang selalu aku buka menggunakan browser pertama

1.Facebook

Laman wajib..Sebaik-baik website yang leh aku lepak..banyak kawan siot yang ada melepak kat sini..klu satu hari tak online rasanya tak sah hidup ni..

2.Myspace

Web yang mula terasa boringnya.,tapi aku masih masuk juga untuk mengcheck friends request..
3.Twitter



Laman web yang sangat berguna untuk aku dalam bersosial terutama kepada rakan-rakan blogger..Mikroblogging la katakan..

4.Blogger


Buat masa ni aku amat jarang update blog kerana kesibukan urusan kerja..Tetapi boleh dikatakan setiap hari aku login ke dalam laman web ini untuk memeriksa benda-benda yang sepatutnya..

5.Gengblogger


Gengblogger.tempat yang sangat best untuk dibuat melepak..dengan forum yang sesuai untuk semua lapisan umur disamping membaca entri-entri terbaru yang agak menarik(dah nama pun tempat ping)..Memang tak bosan la disini..Nak chat dengan blogger lain pun boleh..

6.Google


Banyak benda yang aku dapat belajar dari Google..Dengan Google aku merasakan diri aku ini amat berkuasa..jika aku tidak mengetahui mengenai sesuatu hal.,dialah yang mencarikan jawapannya..Terima kasih Google..

Itulah serba sedikit maklumat jika aku melayari internet..Kiranyanya benda pertama sekali yang aku buka mesti Faceb0ok dan diikuti new tab laman-laman web seperti yang diatas..

Anonymous yang menjengkelkan

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:17 AM

comments (12)

Filed Under: ,

Makin lama makin bosan..
Itu yang mampu aku katakan pada Anonymous

mungkin anda perasan diruangan blog ini turut membenarkan anonymous meninggalkan komen untuk sesuatu entri yang ditulis tanpa sebarang halangan..Malahan sebagai blogger yang masih baru,setiap komen itu sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk aku menulis entri yang selanjutnya..

Bagi Anonymous yang menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengomen di blog ini,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat dan mengomen sekali entri yang terdapat diblog ini..walaupun kadang2 komen yang diberikan itu bertentangan dengan pendapat aku dan ada kala menyakitkan hati,selagi berkaitan dengan entri yang dikomen,aku akan meluluskannya untuk dipaparkan secara umum..

Namun,yang menjadikan masalah ini ialah berkenaan dengan Anonymous yang memberikan komen seumpama iklan entah apa-apa..Dah naik menyampah dah aku melayannya..Mesejnya yang seumpama menyeru aku supaya melawat laman web/blog yang diberikan..

apa sume ni..
Lagipun aku sudah memberikan ayat yang cukup baik di ruangan komen..Ayatnya berbunyi begini.
"Hanya tinggalkan pandangan anda mengenai entri ini..Saya juga bukannya Anti-Anonymous..Itupun selagi anda memberi pandangan yang bernas...Jika anda tiada blog..,boleh linkkan ke akaun myspace ataupun Facebook..Tiada masalah punya.."
Amacam

Kawasan Gelap di Facebook

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:59 PM

comments (6)

Filed Under:


boleh dikatakan Facebook merupakan satu-satunya laman web sosial yang memberikan impak yang sangat besar kepada kita semua.Dengan kemudahan menarik yang disediakan di web tersebut,ketagihan laman web itu menular dengan sangat pantas diseluruh pelusuk dunia.Perkara ini sememangnya amat mengejutkan para pengkritik malahan pemilik laman web itu sendiri

Dikala leka dalam penggunaan,ada pula segelintir manusia di muka bumi ini mula menyalah gunakan Facebook demi kepentingan pihak-pihak tertentu dengan menyebarkan propaganda dan fitnah secara berleluasa didalamnya..Menganggap bahawa mereka ini berada dijalan yang benar padahal mereka ini umpama manusia yang menegakkan benang yang basah.

Antaranya ialah mereka yang

1.Melakukan perkara yang menjatuhkan Maruah

Rafiqin Dariwisy..budak bodoh yang berumur 14 tahun mempersendakan Allahyarham Din Beramboi dengan menyatakan Al-Fuck kepada Din beramboi..Budak ini sememangnya mempunyai tahap IQ yang sama macam kaki aku.

2.Membela benda-benda yang tidak sepatutnya



Ada yang mempertahankan hak asasi manusia sebagai seorang Gay ataupun Lesbian..Aku pun tidak tahu apa yang ingin dikatakan..Punyalah tahap kronik sampai ada yang sanggup juga membela nasib babi sekali selaku haiwan yang boleh dimakan...bangkai

3.Menghina Agama

Ini memang biasa la..Musuh Islam sentiasa cuba untuk muncul dimana-mana sahaja bagi mencapai matlamat terbesar mereka itu sendiri untuk menjatuhkan Islam..Aku nasihat korang,bila jumpa group ni janganlah menjadi ahlinya..Masuk tanda menyokong...Janganlah cuba memberi alasan yang tidak berfaedah..

4.Melakukan perkara yang berunsurkan Perkauman

dah naik menyampah dah melayan suma ini..

5.Benci membenci

fenomena yang semakin menjadi-jadi..kamu benci tu,kami benci ni..Ahh.,benci arr sume ni..
Jadi baik tak payah layan..

Tu la perkara-perkara yang wujud secara berleluasa di Facebook..Henti-hentikanlah semua ini..
Mungkin sambil-sambil melayan facebook tu,sudi-sudi la menjadi fan PKE sekali ye..

Fan Page PKE

Dapat Panggilan Percuma 2 jam (Hack Maxis)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:43 AM

comments (30)

Filed Under:


Setelah sekian lama tidak menulis,akhirnya aku kembali dengan mengajarkan kepada anda tutorial yang mengancam..Biasanya aku hanya mengajar tutorial berkenaan dengan dunia internet sama ada pengisian perisian mahupun blog.Namun pada kali ini aku amat berbesar hati untuk mengajarkan kepada anda bagaimana untuk menggodam server maxis untuk mendapatkan panggilan percuma selama 2 jam tanpa dikesan.sememangnya tutorial ini amat berguna dan menguntungkan anda.umm.,tetapi sayang,tutorial ini khas untuk pengguna 012 dan 017 sahaja.Bagi pengguna maxis 014,anda tidak akan berjaya untuk menggodam server tersebut kerana mungkin anda akan menghadapi error mahupun komplikasi yang tidak diketahui puncanya..

Peringatan untuk anda semua bahawa server maxis ini bukanlah boleh dihack pada bila-bila masa sahaja supaya anda boleh menggunakan 2 jam masa panggilan itu secara percuma.,sebaliknya ia hanya boleh dilakukan pada malam Khamis sahaja kerana ketika malam tersebut,server maxis akan diupdate selama 2 jam bermula dari pukul 11pm hari Khamis sehinggalah 1am hari jumaat kebesokan harinya.Jadi pada waktu tersebut sahajalah kita dapat menggunakan talian telefon tersebut tanpa dikesan dan dicaj.

Untuk pengetahuan semua,model telefon juga sebenarnya memainkan peranan.Ini bukan berkenaan rupa paras telefon bimbit anda sama ada cantik mahupun buruk,sebaliknya ia berkenaan dengan memori.Model yang boleh digunakan oleh telefon bimbit ini hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 4MB memori dalaman (tanpa memori kad) dan kapasiti yang masih kosong mestilah sekurang-kurangnya 2MB.

Cara menggodam

Pertama sekali,anda dailkan *#459#,kemudian tekan call..Akan tertulis "Result Unknown".Anda tidak perlu risau berkenaan perkara ini kerana ianya hanyalah gateway untuk memasuki talian yang hendak dicerobohi.Tunggu selama 1 minit.

Kedua,anda call nombor yang akan gunakan untuk mengaro masa dua jam tersebut,pastikan anda hanya membuat misscall sahaja(setelah bunyi tut..tut,letakkan)tunggu juga selama 1 minit(sebenarnya itu masa loading untuk mempincangkan maklumat sistem)

Kemudian anda aktifkan software HackSV (Software ini boleh didownload dibawah entri ini)..Perisian ini akan mengaktifkan secara automatik nombor terakhir yang anda gunakan
(nombor tadi la)..

Selepas itu,ada sudah boleh berbual terus dengan orang yang kehendaki tersebut sehingga pukul 1AM

*Jadi Bergembiralah*

Ingat:Pastikan anda mematikan panggilan tersebut sebelum pukul 1AM,jika tidak sim anda mungkin diban.Pastikan juga anda tidak menggodam selain daripada waktu ini..Buruk Padahnya..Baik anda mempraktikkan perkara ini sebelum pihak maxis sedar tentang kelemahan sistem ini..
Download Perisian HackSV

Related Posts with Thumbnails
Print