Bengkel Pengadil dan Teknik Paintball

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:53 AM

comments (0)

Filed Under:

Pada 3hb oktober ini,Pasukan PKRM Fraternity akan menganjurkan Bengkel Pengadilan dan Teknik Paintball kepada semua peminat paintball disekitar Muar.Dikatakan bahawa team xfoxjohn MPOC 09 akan turun untuk memberikan tips pengadilan dan teknik yang betul.Selain itu,bengkel ini juga turut disertai oleh En Jun daripada Malaysia Marshal.

Seharusnya para peminat Paintball mengambil kesempatan ini untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang selok belok dan teknik-teknik bermain Paintball.

Segala maklumat mengenai bengkel ini adalah seperti berikut:

Tarikh:3hb Oktober 2009
Tempat:Arena jalan dato haji kosai (Tempat biasa port Paintballer)
Masa:8.00am
Yuran:RM10 sahaja

Jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang ini...
Apa2 yang tak faham boleh menghubungi kami di ruangan borak ditepi blog ini...Meriahkan bengkel ini

Hotel Classic,Muar,Johor,Malaysia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:06 AM

comments (2)

Filed Under: , , ,


Hotel Classic ini ialah sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang yang terletak di daerah Muar,johor.Hotel ini juga berkedudukan strategik iaitu berada ditengah-tengah bandar muar.Dengan pusat membeli belah yang bersebelahan dengan hotel,ini memudahkan para tetamu hotel untuk membeli segala keperluan mereka.

Antara jenis-jenis bilik yang disediakan adalah seperti berikut:
  1. Superior
  2. Superior delux
  3. Delux
  4. Junior suite
  5. Exercutive Suite
Tarif Bilik(Harga Bilik)

Hanya dua jenis tarif bilik sahaja diguna pakai oleh pihak hotel iaitu SuperSaver Rate dan Festive Rate.

Senarai harga bilik adalah seperti berikut:

Harga Normal bilik

SuperSaver Rate





Jenis Bilik

Harga Bilik

Harga Nett

Superior

RM125++

RM143.75

Superior Delux

RM155++

RM178.25

Delux

RM165++

RM189.75

Junior Suite

RM195++

RM224.25

Executive Suite

RM250++

RM289.50

Extra Bed

RM30++

RM 34.50

Harga yang digunakan untuk hari perayaan

Festive Rate





Jenis Bilik

Harga Bilik

Harga Nett

Superior

RM150++

RM172.50

Superior Delux

Rm175++

RM201.25

Delux

RM185++

RM212.75

Junior Suite

RM215++

RM247.25

Exercutive Suite

RM260++

RM299.00

Extra Bed

Rm30++

RM34.50

Senarai harga diatas adalah termasuk 10% caj perkhidmatan dan 5% cukai kerajaan.Sarapan pagi tidak termasuk dengan harga bilik.Sebarang permintaan sarapan pagi akan dikenakan caj tambahan RM14++ untuk seorang.

Waktu Check Out:12.00pm
Selepas daripada waktu ini,caj Day use akan dikenakan
Harga adalah seperti berikut:




Jenis Bilik

Harga Bilik

Superior

RM87.50++

Superior Delux

RM102.50++

Delux

RM110++

Junior Suite

RM125++

Exercutive Suite

RM125++


Segala kemudahan untuk keselesaan pengguna juga disediakan.Antaranya ialah kemudahan

  • Wi-Fi(FOC)
  • Astro
  • kawalan keselamatan selama 24jam(CCTV)
  • Kemudahan kawasan meletak kenderaan bawah tanah
  • Peti keselamatan disediakan disetiap bilik
  • Pengering Rambut
  • Baby Cot
  • Surat Khabar
  • Pertukaran mata wang asing
  • Tingkat bilik bebas rokok
  • Perkhidmatan Bilik
  • Kolam Renang
  • Pusat Perniagaan (business Centre)
  • Laundry service
  • Kemudahan membuat Kopi dan Teh
  • Kemudahan panggilan telefon IDD
Mengenai Hotel

Kawasan meletak kereta bawah tanah disediakan




Lobi

Restoran terletak di tingkat 1(Season Cafe)

Restoran makanan cina terletak di tingkat 2(Lotus)

Kolam Renang terletak ditingkat 4





Kawasan Koridor

Pintu Bilik





Bilik

Bagi Pembaca yang ingin mencari tempat penginapan di Muar,Saya syorkan kepada anda Hotel ini

Classic Hotel Muar
Phone # 06-9533888
FAX # 06-9536333
Alamat 69, Jalan Ali Muar Johor 84000
Bandar Muar
State Johor
Lokasi Pekan
Bilangan Bilik 156

Buat pembaca Topik ini yang mungkin ingin membuat Reservation/Tempahan boleh merujuk kepada nombor telefon yang tertera.Bagi bekas guest hotel classic yang ingin membuat komplain ataupun komen ,boleh juga tinggalkan komplain/komen anda di ruangan komen topik ini.,Insyaallah,komplain/komen anda didengar oleh pihak hotel.Tapi hendaklah dipasti anda menyertakan sekali nama dan nombor bilik serta tarikh check in dan check out



Terima Kasih

Untuk keterangan lanjut atau pengetahuan lebih jelas,anda boleh layari laman web rasmi hotel classic di

http://www.classichotel.com.my/





Read this topic in English.You can use google translater.click here


Search Engine Submission - AddMe

Selamat Hari Raya Aidilfitri

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:53 PM

comments (1)

Filed Under:

Tulisan jawi warisan Melayu

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:04 PM

comments (0)

Filed Under:

توليسن جاوي واريسن بڠسا .کوبورڽا جاوي هيلڠله سري بهاس
Jawi merupakan warisan melayu yang sememangnya menjadi kebanggaan bangsa kita pada suatu ketika dahulu.Tulisan jawi ini diubah suai daripada tulisan arab dan ditambahkan beberapa abjad bagi memperlengkapkan tulisan bagi menutup kecacatan ketika membina ayat.

Sememangnya kita seharusnya berbangga kerana mempunyai bahasa dan tulisan yang indah lagi pekerti.Jadi sebagai pemuda dan belia generasi baru seharusnya menghargai warisan nenek moyang kita ini supaya tidak lapok dek hujan,tak lekang dek panas.


Surat khabar bertulisan Jawi

Sememangnya tulisan jawi dan bahasa melayu semakin dipandang sepi oleh rakyat malaysia sendiri.Seolah-olah seumpama kita mempelajari bahasa dan tulisan asing.Tiada langsung perasaan bangga terhadap sistem tulisan sendiri.

Namun sekarang,sudah wujud segelintir manusia yang sedar tentang kepentingan tulisan jawi sebagai warisan bangsa.,Langkah-langkah untuk mempertabatkan tulisan ini giat dilakukan

Teringinkan anda membaca blog anda sendiri dalam bahasa jawi yang difikirkan sukar untuk direalisasikan ini namun sudah terjadi.Langkahnya senang sahaja.,anda hanya perlu perlu melayari laman web ini iaitu www.ftsm.ukm.my/jawi
Laman web ini menyediakan perisian yang dipanggil
TERUJA(Transliteration Engine for Rumi to Jawi)


Senang sahaja jika anda ingin membaca laman web mahupun blog anda sendiri dengan menggunakan tulisan jawi.,Anda cuma perlu memasukkan url blog anda di ruangan yang disediakan dan kemudian tekan Enter.

Selain itu,disediakan ruangan pertukaran tulisan daripada rumi ke jawi.

Selamat mencuba.


ڤجواڠ کسنين اکستريم

Irama HipHop/Rap semakin subur di Malaysia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:31 PM

comments (0)

Filed Under:


HipHop/Rap merupakan salah satu genre muzik yang semakin mendapat tempat di persada muzik antarabangsa termasuklah Malaysia.Irama ini dikatakan berasal dari New York city sekitar tahun 70-an yang diperkenalkan oleh golongan Amerika Afrika.Pada asal kemunculan irama ini mengabungkan sedikit irama muzik Jamaica dan Amerika Latin ..Dengan diselitkan rap yang berirama,muzik ini semakin mendapat tempat dihati warga Amerika.. Namun dengan keadaan muzik mengikut peredaran zaman,irama hip hop mula berevolusi dengan sedikit suntikan irama disko,tradisional,blues,dan lain-lain lagi.

Setelah sekian lama,Irama hip hop mula bertapak diMalaysia yang mewujudkan ramai Rapper2 di sekitar Malaysia..Ciri2 yang mesti ada sebagai seorang rapper ialah dia semestilah mempunyai minda yang kreatif dalam menggubah lagu dan lirik,berpengetahuan luas dalam isu semasa,dan bijak menyesuaikan keadaan.

Kebiasaannya,budaya turut juga diselitkan didalam unsur2 dalam lagu yang dicipta di sesuatu negara.Sebagai contohnya,muzik rap dari Amerika kurang bersesuaian didengar oleh rakyat Malaysia kerana kebanyakan lirik mereka menceritakan tentang seks,dadah,berfoya-foya dan kadang-kadang mencarut.Namun kita juga seharusnya tidak juga memandang serong kepada irama muzik ini kerana muzik rap ini sudah sebati dengan masyarat Amerika afrika di sana.Pendakwah di sana juga turut menggunakan irama ini untuk berdakwah kerana genre muzik nasyid kurang digemari mereka.Namun ada segelintir pendakwah menjadikan pengantara muzik ini untuk berdakwah dalam menyebarkan islam dengan sarikata yang indah.

Salah satu Kumpulan Rap muslim

Muzik Hiphop boleh dikatakan hidup mekar di persada seni Malaysia ini dengan tertubuhnya pelbagai kumpulan yang ditubuhkan yang membawa rentak/aliran genre muzik ini.Kebanyakan lagu hip hop/rap ini berentak catcy dan lirik yang menarik bagi menarik pendengar mendengar muzik mereka.Sebagai seorang peminat.,aku menyenaraikan Rapper2 sejati yang berjaya mengubal lagu yang menarik dan mempunyai suara yang best.

Jay-z

Seorang yang mempunyai suara yang menarik.,namun masih mengikut irama tradisional Hiphop



50 Cent

Kebanyakan lagu-lagu beliau sememangnya mempunyai naluri lelaki.,Gempak tetapi bergaya.Kelemahannya cuma lirik2 beliau banyak berkenaan aktiviti liar,gangster,..




Pitbull
Seorang Rapper yang agak moden dan kebanyakan lagu2 beliau ringkas tetapi menarik.Penyusunan lagu dan lirik juga menarik..Cuma kadang-kadang liriknya berunsur kelucahan sikit dengan klip video memaparkan gadis2 seksi



Industri seni tempatan juga tidak kurang juga hebatnya..senarai bagi Rapper2 yang diminati yang berjaya membawa muzik Hip Hop yang berunsur moden adalah seperti berikut:




Malique

Salah seorang ahli kumpulan rap Too Phat.Dari lirik yang ditulis serta pengaruh muzik yang dibawa beliau.,boleh dikatakan semangat kemelayuan itu agak menebal ni sanubari pemuda Malaysia ini.




Joe flizzow
salah seorang ahli kumpulan Too Phat.,Berbeza dengan Malique,Joe mempunyai gaya muzik yang lebih urban dan kebaratan.,Namun pembawakan amat menarik..



Ahli Fiqir

Walaupun bukan berasal dari Malaysia,namun imej Hip Hop yang dibawa mereka amat menarik.Mereka juga merupakan sebuah ahli kumplan yang kreatif yang menggabungkan berbagai genre lagu menjadi satu

Tindakan Indonesia Membakar Bendera Malaysia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:43 AM

comments (2)

Filed Under:


Pencipta Bendera Malaysia


Bendera Malaysia melambangkan maruah dan harga diri yang telah dipelihara sebagai suatu negara yang bebas dan merdeka.Nampaknya ada makluk tuhan yang berani bermain dengan api dengan berani mempermainkan bendera malaysia yang kita sayangi dan hormati ini dengan memijak dan membakarnya..

Memang bakar darah ni



Lihatlah dari pembentukan Persekutuan Malaysia tahun 1963 sehingga kini, sentimen Anti-Malaysia dan laungan "Ganyang Malaysia" masih bergema dilaungkan masyarakat Indonesia. Berbagai isu cuba untuk disensasikan oleh Indonesia bagi mengambarkan Malaysia seolah-olah negara yang jahat. Antaranya adalah lagu rasa sayang, seni barongan(Reog), keris, batik, dan makanan rendang yang dikatakan sebahagian nilai seni dan budaya yang telah DICURI oleh Malaysia dari Indonesia.

Terbaru, isu perebutan wilayah Ambalat, Manohara dan Penderaan tenaga Kerja Indonesia masih hangat diperkatakan oleh media Indonesia. Ini berbeza dengan media elektronik Malaysia yang MENYANJUNG TINGGI penyanyi, pelakon, lagi-lagu, drama, filem dan sinetron dari negara seberang. Sedangkan media Indonesia tidak habis-habis cuba menyemai kebencian rakyat negara Republik terhadap Malaysia.

Orang Indonesia sepatutnya sedar kebanyakkan rakyat mereka yang bekerja di Malaysia pun bukan semuannya baik, bagus dan menyenangkan rakyat Malaysia. Tengoklah berapa ramai pendatang dari Indonesia yang terlibat dengan dadah, pelacuran, merompak, menyamun, merogol, membunuh. Tetapi, ada ke media Malaysia gembar-gembur semua ni sampai macam nak perang?? Ada ke orang Malaysia pergi merusuh depan kedutaan Indonesia di KL?? Ada ke orang Malaysia baling telur & batu kat kedutaan Indonesia?? Ada ke orang Malaysia pergi bakar dan pijak-pijak bendera merah putih Indonesia??

Kalau betul le Malaysia ni jahat dan prajudis terhadap Indonesia, haram satu lagu atau sinetron pun kita tak akan siarkan kat RTM, Astro atau Media Prima. Kita pun tak akan kasi orang Indon buat konsert besar sambil "Berpesta Malam Indonesia" kat Stadium Bukit Jalil. Kita pun tak akan kasi artis dan warga Indonesia lain untuk cari makan kat sini.

Huhh... Sampai bila orang Indonesia ni akan terus membenci Malaysia aku pun tak tahu!!! Ingatlah, tiada siapa yang sempurna. Jadi, jika ada berlaku sebarang kesilapan dan permasalahan di antara Malaysia dan indonesia hendaklah di selesaikanlah dengan cara dan saluran yang betul. Bukannya dengan memprovokasi masalah yang berlaku bagi memburukkan dan mendatangkan kebencian di antara satu sama lain.

Kali ni Pasal Tarian Pendet pula..Siapa la pula amik ataupun ciplak tarian ini.Kita sebagai rakyat Malaysia pun tidak kenal..Apa kebenda entah..



>Kalau Macam ni,Joget BreakDance Atau Shuffle Lagi Best

Ni aku ada sediakan Link untuk Video Berita yang disiarkan di Indonesia yang Mengutuk Malaysia.Embed disable pula..,Kalau tidak korang dah boleh tengok

Malaysia Klaim Tari Pendet Asal Bali(Metro Hari Ini)

Lagipun Discovery Channel telah menerangkan keadaaan sebenar bahawa video Promosi Malaysia yang Disiarkan mereka itu adalah dibuat mereka.,bukan pihak malaysia.Mereka juga telah meminta maaf.

Lagi satu.,Kami rasa Malaysia sudah cukup kaya dengan budaya.,tidak perlu ciplak budaya korang yang tidak seberapa tu..Aku Pantang betul la kalau ada pulak makhluk yang berani mengutuk negara tumpah darah aku ni..




Related Posts with Thumbnails
Print