Selamat Hari Kemerdekaan Ke 52

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:20 AM

comments (1)

Filed Under:


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52.Semoga negara akan terus aman dan damai sejahtera.Diharapkan,dengan kematangan umur negara ini.,segala pembangunan pesat negara akan dapat dikongsi bersama sebagai suatu negara bangsa yang merdeka.

Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia , Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan. Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di perkarangan Parlimen. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di sana.Lokasi ini juga aku tidak pasti sama ada betul atau tidak.Tetapi yang pasti,tunjukkan rasa sayang anda kepada negara Malaysia hanya sekadar mengibarkan Jalur gemilang.,






Marilah kita sama-sama berkempen mengibarkan jalur gemilang tanda meraikan hari kemerdekaan ini.




Sebenarnya,aku masih keliru dengan tarikh kemerdekaan negara.Pada tarikh 31 ogos 1957 merupakan tarikh dimana tanah Melayu merdeka,bukannya Malaysia.


Malaysia pula ditubuhkan pada 16 September 1963..Umm..Sapa boleh tolong aku jawabkan

Kepentingan Sejarah

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 2:27 PM

comments (1)

Filed Under:

Hari paling bersejarah dalam negara
Jatuh bangun sesuatu bangsa itu sebenarnya bergantung kepada bangsa itu sendiri untuk mempelajari dan menyedari kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian mereka.Masakan tidak,negara yang maju seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah lain juga turut mewajibkan pembelajaran sejarah untuk dimasukkan didalam silibus pembelajaran di semua sekolah di negara mereka.


Apa pentingnya sejarah?

Kenapa ramai rakyat Malaysia bosan untuk mempelajari Sejarah?

Mengapa kita sibuk mengenang kisah yang lampau ini?


Sejarah sememangnya suatu mata pelajaran yang agak membosankan.Malahan peratusan pelajar yang memonteng kelas sejarah juga agak tinggi.Selain itu,ada juga sebahagian pelajar yang memepelajari sejarah hanya sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja.

Mengapa ini semua terjadi?

Sejarah sebenarnya pelengkap kepada kehidupan kita.Apa yang kita lakukan pada hari ini pasti akan menjadi sejarah pada masa akan datang.Masa tidak akan berhenti,begitu juga dengan sejarah.Kenangan dan kelakuan kita pada hari ini pasti akan menjadi sebahagian daripadanya.

Jadi segala kesilapan dan kejayaan untuk suatu ketika dahulu hendaklah direnungi.Benda yang baik kita teruskan,Kejayaan dahulu digandakan,kesilapan dahulu diperbaiki supaya kita ridak akan mengulanginya lagi

Mengapa begitu ramai remaja dan belia Malaysia begitu malas untuk mempelajari sejarah?

Sebabnya hanya satu iaitu bosan.

Tiada kesedaran beginilah jadinya.Disebabkan itulah,ramai yang berani melakukan demontrasi jalanan atas nama keadilan hanya untuk benda2 yang tidak berfaedah.Ramai juga pemimpin dan rakyat biasa yang mula mengulangi kesilapan orang2 yang terdahulu.

Ingatlah,masa depan Malaysia ada ditangan kita,kitalah yang mencorak pembangunan dan kemajuan negara kita yang tercinta ini dan terus memelihara keamanan serta kemakmuran negara demi kesejahteraan yang berpanjangan demi mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Bila kita renungkan kembali sejarah negara,kita pernah melihat gambaran bagaimana negara kita dahulu dijajah,dipijak dan dikhianati.Berapa ramai penjajah yang menjajah negara kita.Bagaimana pula tokoh2 terdahulu cuba mewujudkan perpaduan serta membangunkan negara.

Selain daripada sejarah negara kita,kita juga seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah negara/kerajaan lain.Ini tidak lain hanyalah sekadar mengambil iktibar untuk mengkaji kejayaan dan kejatuhan negara2 terdahulu.

Piramid

Sebagai contohnya.,salah satu kerajaan dahulu kala iaitu kerajaan mesir purba.Bagaimana mereka mendapat idea untuk menghasilkan Piramid,kebijaksanaan dan kecekalan mereka mempelajari ilmu2 yang baru dan begitu asing bagi mereka untuk mereka terus hidup di kawasan padang pasir itu.Begitu juga dengan sistem tulisan yang dihasilkan mereka.,ilmu matematik,ilmu pembuatan kertas menggunakan pohon papyrus,ilmu astronomi.

Sistem tulisan Kerajaan Mesir Purba

Timbul juga kesedaran buat mereka tentang kepentingan masa sehingga terhasilnya kalender yang mempunyai 12 bulan.

Begitu juga dengan kerajaan Khulafah Arrashidin,Umaiyah,uthmaniah.


Apa penyebab mereka berjaya,dan apa juga penyebab mereka jatuh.Semua itu sepatutnya menjadi pengajaran untuk kita maju dimasa akan datang.

Kuncinya hanya satu iaitu : SEJARAH

Tun dr Mahathir

Seperti kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad,orang yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulanginya.

Ingatlah,apa perbezaan diri anda dengan orang lain jika anda mempelajari sejarah:

  1. Anda akan menjadi seorang yang berwawasan
  2. Seorang yang sentiasa belajar dari kesilapan
  3. Seorang yang sentiasa berusaha memajukan diri supaya menjadi lebih hebat daripada orang lain

Red Alert 2

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:54 PM

comments (2)

Filed Under:

Fuh..,Apa yang aku ingin komen tentang game ni iaitu Red Alert 2 ialah
Dia menguji keupayaan aku sebagai seorang gamer beb..,
Semua gamer sedia maklum,game ini sememangnya sudah lama dikeluarkan dan telah lama berada di pasaran,

Tapi

Ceritanya begini
Pada suatu hari.,Housemate aku menumpangkan laptopnya dibilik aku dengan game red alert ni terpasang di skrin Desktopnya.,
Tergerak hati aku untuk mencuma game ini yang dirasakan buruk.,tak seronok dan menjengkelkan


Usik je game ni.,aku dapat merasakan aura yang dihasilkan red alert ni(Aura ni gamer je dapat rasa).,Peh dashyat,makin lama aku meyentuhnya.,semakin gian aku jadinya

Apa lagi

Ha amik ko.,Dari pukul 6pm sampai pukul 3am aku main game ni sampai kawan aku pun geleng kepala time aku ada kat situ,.Dalam tempoh 9 jam tersebut.,aku tak makan malam pun.,Minum pun tak.,mandi pun tak(hahaha)

Jam 3am tu pun aku berhenti pasal aku dah berjaya tawan Markas tentera amerika.,aku suka la dan bercakap la gempak kat kawan aku disebelah.,

La lst aku pula yang kena gelak.,Dia cakap aku berjaya musnahkan markas tentera amerika je.,Markas great Britain.,Korea,Cuba dan selanjutnya belum lagi.,
Segan aku kat situ juga.,

Apa yang yang penting bagi aku pada ketika itu hanyalah Forkus.,


mata ku tak tahan lagi pasal pada hari tersebut pun aku masuk kerja pukul 7am..Jadi kena bangun pukul 5.55am.

Mata tak lebam pula.,Tapi demi semangat Extreme.,aku tempuhi juga.,Kira pada hari tersebut aku tidur hanya selama 2 1/2 jam je..

Grafik Red Alert


Sapa nak cuba..,silalah
Untuk kesudahan cerita ini.,sampai ke sudah aku tak habiskan game ni

Peter Answers,Benar atau Dusta

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:13 AM

comments (2)

Filed Under:


Sebagai seorang yang sukakan cabaran.,aku memberanikan diri untuk mencuma suatu laman web yang digembar gemburkan pemilik kepada laman web tersebut seorang psysic.,boleh tau apa yang berlaku pada diri kita,baju apa yang kita pakai sekarang.,warna kegemaran kita.,kita duduk disebelah siapa.,ok.,aku akan mengujinya dengan lima soalan

Tapi tak happening la kalau aku sorang sahaja yang menguji laman web tersebut.,aku nak semua blogger uji laman web tersebut..

Ni aku bagi link untuk web tersebut.,aku akan bagi hasil ujiannya dalam masa seminggu dan paparkannya kat blog aku



Jangan tak cuba.,nak tengok juga Peter ni guna sihir ke
Kot dia ni satu sekolah degan Harry Potter ke

Nak juga aku tahu

Bila korang dah cuba laman web ni.,bagitahu aku perasaan korang sal laman web tu kat blog aku..

Related Posts with Thumbnails
Print